Malaysia buat pertama kali menyelaras belanjawannya sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bagi membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur , lestari inklusif.

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
YAB Perdana Menteri

Image
Image

"Kerajaan dengan kerjasama strategik PBB di Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan permulaan berjumlah 20 juta ringgit. Dana ini akan menyediakan platform menyelaras pembiayaan dari sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik. Dengan itu, pelbagai pihak dapat sama-sama menyumbang serta terlibat dalam melengkapkan dan menentukan SDG tercapai menjelang 2030."

YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz 
Menteri Kewangan

– Petikan ucapan pembentangan Belanjawan 2021.

Dana Amanah MySDG merupakan satu kolaborasi antara Kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia yang menyediakan sebuah platform bagi menghimpunkan pelbagai sumbangan bagi menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara bersepadu, sistematik dan mampan. Sebagai permulaan, Dana ini menerima pembiayaan permulaan daripada Kerajaan Malaysia.

Selanjutnya
Saiz Dana
Saiz Dana
Jumlah dana permulaan RM20 juta (~USD 5 juta)
Kolaborasi
Kolaborasi
Antara Kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia.

Tema dan Sektor

Insan
Insan
Memastikan keterangkuman golongan yang mudah terjejas dan kumpulan yang kerap tercicir, termasuk mereka yang terjejas akibat pandemik dan krisis alam sekitar.
Planet
Planet
Menangani krisis iklim, biodiversiti dan pencemaran, dan kesannya terhadap kehidupan dan mata pencarian.
Kerjasama
Kerjasama
Mengguna pakai pendekatan senegara (whole- of-nation) dalam mencapai SDG.

Tadbir Urus

Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (yang terdiri daripada pakar merentasi pelbagai sektor SDG), dengan tanggungjawab utama menyediakan hala tuju strategik bagi Dana ini. UN Resident Coordinator merupakan ahli ex-officio dalam Lembaga Pemegang Amanah.

Jawatankuasa Eksekutif Dana ini akan dipengerusikan bersama oleh UN Resident Coordinator dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) untuk mengurus dan memantau pelaksanaan Dana serta mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan.

Yayasan Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia

Yayasan Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (Yayasan MySDG) ialah sebuah Yayasan yang ditubuhkan melalui Akta 258 (1952). Tujuannya adalah untuk memastikan kemampanan Dana Amanah MySDG dengan matlamat untuk membantu mencapai Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan. Yayasan ini bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan korporat dan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah.
Memastikan pengurusan Dana Amanah MySDG berjalan lancar dan menyokong ke arah mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan dalam Agenda 2030.
Meluaskan pangkalan penderma serta mengumpul dana dan sumbangan dari dalam dan luar Malaysia.
Bertindak sebagai sebuah badan penyelia ke atas pelaksanaan projek yang dibiayai oleh Dana MySDG dan memastikan ketelusan, keberkesanan kos dan impak.
Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (yang terdiri daripada pakar merentasi pelbagai sektor SDG), dengan tanggungjawab utama menyediakan hala tuju strategik bagi Dana ini. UN Resident Coordinator merupakan ahli ex-officio dalam Lembaga Pemegang Amanah.
Jawatankuasa Eksekutif Dana ini akan dipengerusikan bersama oleh UN Resident Coordinator dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) untuk mengurus dan memantau pelaksanaan Dana serta mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan.
Kerjasama bersama PBB bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran sistem pembangunan badan dunia tersebut dalam menguruskan mekanisme pembiayaan terkumpul yang inovatif dengan secara cekap, berkesan, telus dan bertanggungjawab, dalam usaha memacu pencapaian SDG di Malaysia.
YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan Malaysia
Tan Sri Abdul Wahid Omar (Chairman)
Tan Sri Abdul Wahid Omar (Chairman)
Prof Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Mazlan Othman
Prof Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Mazlan Othman
Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli bin Abdul Razak
Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli bin Abdul Razak
Tan Sri Prof Emerita Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hassan Shahabudin
Tan Sri Prof Emerita Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hassan Shahabudin
Tan Sri Jamaluddin Ibrahim
Tan Sri Jamaluddin Ibrahim
Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat
Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat
Datuk Yogeesvaran a/l Kumaraguru
Datuk Yogeesvaran a/l Kumaraguru
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, MOF (ex-officio)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, MOF (ex-officio)
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi (ex-officio)
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi (ex-officio)
UN Resident Coordinator (ex-officio)
UN Resident Coordinator (ex-officio)
Dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) dan UN Resident Coordinator
Terdiri daripada ahli dan pakar daripada Kerajaan, sektor swasta, NGO dan ahli akademik
Diuruskan Bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Layari mikrosite kami di:
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
United Nations in Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam
Jabatan Perangkaan Malaysia

Booklet MySDG

Bagaimana Untuk Menyumbang?

Sedang dikemaskini →

Bagaimana Untuk
Memohon Dana?

Sedang dikemaskini →
Logo Accessibility